Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu mencari penyelesaian konkrit terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri itu. Fokus perlu tertumpu kepada sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi.

Selain itu, pengurusan sungai efektif serta kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana. Menerusi hantaran di Facebook, baginda bertitah akan mengadakan program pembersihan sungai, serta inisiatif lain bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai.

Ia akan dilaksana bulan depan. Terdahulu, baginda berkenan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air.

Perjumpaan bagi mendengar taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor. Tunku Ismail bertitah, Sultan Johor sekeluarga akan terus berusaha bersama pihak kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap agar rakyat Johor tidak perlu berdepan dengan bencana itu lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini