Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membuka bilik gerakan di negeri terbabit banjir bagi memantau keadaan serta menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik. 

Ini antara persiapan pengurusan bencana banjir terutama dalam menghadapi musim tengkujuh.

Jelas Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB,Wan Nazmy Wan Mahmood, antara langkah yang diambil melakukan sesi latihan menghadapi banjir bagi memastikan anggota kerja teknikal berada dalam keadaan siap siaga. 

Malah talian Facebook TNB Careline dan Pasukan Bertindak Kecemasan 24 jam TNB, bertujuan menyambungkan semula bekalan elektrik yang terputus akibat bencana dalam kadar segera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini