Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan video tular di media sosial semalam yang memaparkan arus sungai deras yang dikatakan berlaku di Tasik Kenyir.

TNB Careline menerusi hantaran Facebook berkata,sungai yang ditunjukkan dalam video itu adalah Sungai Telemong yang terletak berdekatan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.

Bagaimanapun katanya, aliran sungai berkenaan tidak mengalir masuk ke tasik buatan manusia itu.

Menurutnya, setakat ini, paras air di empangan Kenyir masih di tahap selamat dan terkawal.

Pemantauan secara berterusan terus dijalankan dan maklumat berkaitan akan disalurkan kepada pihak berkenaan secara berkala.

TNB menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan menularkan berita palsu yang boleh mencetuskan suasana cemas dan panik dalam kalangan masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini