Menjelang sepak mula perlawanan Liga Super 2022, Sri Pahang FC meletakkan sasaran untuk menghuni lima kedudukan teratas pada musim ini.

Sasaran itu dilihat amat realistik berdasarkan beberapa rombakan pemain yang dibuat termasuk melantik ketua jurulatih baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ketika ini pasukannya dalam usaha membentuk persefahaman antara pemain, selain turut berdepan risiko jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berkata, latihan intensif kini sedang dilakukan bagi membentuk persefahaman antara pemain yang baharu pulih daripada kecederaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran jersi baharu Sri Pahang musim 2022 di Kuantan, Pahang.

Pada musim lalu, skuad Tok Gajah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-10 manakala dalam kempen Piala Malaysia pula hanya sehingga peringkat kumpulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini