Seorang lelaki dikenali sebagai “Yen” yang aktif mengedar dadah di sekitar kawasan pedalaman di Pendang, Kedah, berakhir selepas dicekup bersama sejumlah dadah.

Suspek berusia 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis di Kampung Baru Sungai Tiang, Pendang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan dan menahan suspek di suatu lokasi di Kampung Baru Sungai Tiang, kira-kira pukul 2.10 petang.

Hasil pemeriksaan, polis menemui 3 peket plastik lutsinar yang didalamnya mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 90.50 gram.

Turut ditemui, satu peket plastik lutsinar didalamnya mengandungi serbuk hablur jernih disyaki dadah syabu anggaran berat 7.92 gram.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini