Tokyo menafikan tuduhan bahawa sekatan ke atas Korea Selatan dibuat kerana berkaitan isu buruh ketika era Perang Dunia Kedua.
Sebaliknya, keputusan mengetatkan eksport komponen produk berteknologi tinggi dibuat dari sudut keselamatan negara dan bukan berasaskan pertikaian isu sejarah.Tokyo dikritik Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in kerana mengaitkan hal ehwal ekonomi dengan pertikaian isu lampau.Beliau merujuk kepada cadangan Jepun untuk menubuhkan satu Panel Timbang Tara dalam urusan pembayaran pampasan kepada buruh Korea ketika era Perang Dunia Kedua.Seoul sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas terhadap cadangan itu walaupun tarikh akhir berbuat demikian adalah Khamis ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini