Tonga melaksanakan perintah berkurung susulan kes pertama COVID-19 dikesan pada minggu lalu. Perdana Menteri, Pohiva Tuionetoa, mengumumkan perintah berkurung berkuat kuasa hingga Selasa minggu depan.

Tindakan itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dengan meminimumkan penularan virus COVID-19. Kes berkenaan melibatkan seorang lelaki yang pulang melalui penerbangan dari New Zealand.

Lelaki itu sudah lengkap vaksinasi bersama 214 lagi individu yang menaiki pesawat sama. Jabatan Kesihatan negara itu memaklumkan tiada jangkitan dalam komuniti dikesan di pulau tersebut, setakat ini. Setakat ini, kumulatif kes COVID-19 global mencecah 248 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini