Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui agensinya Tourism Malaysia bakal mengambil bahagian dalam Virtual PATA Travel Mart (PTM) yang akan berlangsung dari 2 hingga 5 September 2021.

Ia diadakan bersempena dengan Sichuan International Travel Expo 2021 yang berlangsung secara maya.

Para peserta bakal disediakan kemudahan bagi mengakses ruang pameran yang mesra pengguna, panggilan video dan audio, forum dari pakar-pakar industri serta pada masa sama mempromosi produk pelancongan negara.

Tourism Malaysia bersama pemain industri ketika ini berusaha mempromosikan jenama “MALAYSIA TRULY ASIA” dengan menonjolkan kekayaan sumber alam semula jadi negara bukan sahaja melalui eko pelancongan, tetapi juga melalui pengalaman dan produk pelancongan khusus yang lain.

Virtual PTM 2021 adalah pusat perkhidmatan sehenti untuk para pemain industri bagi mencari pasaran dalam bidang pelancongan antarabangsa dan bakal disertai 14 ahli PATA Malaysia Chapter (PMC).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini