Tourism Malaysia melancarkan jelajah ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia’  sebagai tanda sokongan kepada Pelan Pemulihan Pelancongan bagi merancakkan semula ekonomi negara.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah  (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, tiga kompleks membeli belah AEON Mall tumpuan pelancongan seluruh negara dipilih lokasi jelajah mempromosikan kempen tersebut.

Jelajah kempen bermula di AEON Mall Bukit Raja, Klang dari 26 hingga 28 November, diikuti AEON Mall Taman Maluri, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Disember, dan AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Disember 2021.

Beliau berkata demikian selepas perasmian jelajah Jom Cuti-Cuti Malaysia di Klang.

Kempen disertai pemain industri termasuk syarikat penerbangan, hotel, taman tema dan agensi pelancongan yang menawarkan diskaun dan promosi menarik.

Turut ditawarkan, 457 pakej produk pelancongan tempatan dengan harga serendah RM120  seorang bagi penjawat awam dan pesara kerajaan.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan tarian kebudayaan yang berwarna-warni dan demonstrasi eksklusif mencanting batik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini