Tourism Perak melancarkan Baucar Pelancongan #TravelPerakLah Fasa Empat dalam merancakkan lagi sektor pelancongan domestik di negeri itu.

Inisiatif baucer ini dijangka bermula pada Oktober depan sehingga Jun 2022.

Exco kerajaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata ia sebagai persediaan kepada pembukaan penuh sektor pelancongan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

10,000 keping baucar pelancongan disediakan dan maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di kesemua jaringan media sosial rasmi Tourism Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini