Keputusan menggunakan kereta model Toyota Vellfire 2.5 liter sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan bagi Menteri Persekutuan dibuat atas faktor kos.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan menjelaskan, kos sewa bulanan model tersebut lebih rendah berbanding model Proton Perdana 2.4 Premium yang digunakan sebelum ini.

Keputusan tersebut telah dibuat pada 2014, apabila model Proton Perdana berkenaan ditamatkan pengeluarannya, namun hanya dilaksanakan tahun ini.

Penggantian Kenderaan Rasmi Jawatan bagi Jemaah Menteri dijadualkan setiap empat tahun sekali.

Sebelum ini hangat di media sosial membincangkan isu pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan digunakan ahli kabinet Persekutuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini