Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB) 2030 penting bagi menentukan hala tuju yang akan menjadi rujukan utama bagi mencapai agenda besar berkaitan Bumiputera untuk 10 tahun akan datang.

Selain mempunyai pendekatan baharu, TPB 2030 merupakan kesinambungan kepada dasar dan inisiatif pemerkasaan Bumiputera terdahulu, dengan penyesuaian semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, TPB 2030 menggariskan strategi jelas melalui program pembangunan dan inisiatif yang diselaraskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 serta didukung oleh Rancangan Malaysia Ke-12 yang terangkum dalam konteks Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa melancarkan TPB 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Enam Sasaran TPB 2030 adalah Sumbangan Lebihan Kendalian Kasar (GOS) Perusahaan Bumiputera sebanyak 20 peratus kepada KDNK bernilai RM438 bilion, Gaji Upah pada kadar RM5,169.12 serta Pendapatan Isi Rumah pada kadar RM18,402.68 sen.

Seterusnya kadar Pulangan Aset Kewangan Per Kapita pada nilai RM4,495.65, Pekerja Mahir seramai 3.249 juta orang dan Pemilikan Kediaman sebanyak RM4,758,469.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini