Tindakan Pembangunan Bumiputera; TPB 2030 akan menetapkan hala tuju agenda Bumiputera yang baharu bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Menerusi agenda tersebut, ekonomi dan sosio ekonomi Bumiputera akan diperkasa, seterusnya menjamin kelestarian dan kesaksamaan antara kaum.

Ia selaras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang memastikan tiada Bumiputera ketinggalan. 

Bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 6 Disember ini, tujuh bidang keutamaan digariskan di bawah TPB 2030.

Ini termasuk meningkatkan daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera; meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera dan memastikan pemilikan ekuiti korporat yang mampan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini