Seekor ikan tuna sirip biru dibida dengan harga lebih  RM600,000 pada acara lelongan pertama tahun ini, yang berlangsung di pasar ikan Toyosu, Tokyo 5 Januari lepas.
 
Tuna seberat 211 kilogram itu ditangkap di wilayah Oma di Aomori dan berjaya dibida rangkaian restoran bertaraf Michelin, Ginza Onodera.

Selepas acara lelongan tamat, ikan berkenaan, dihantar ke salah sebuah restoran milik Onodera untuk diproses di hadapan khalayak ramai.

Lelongan ikan tuna sirip biru telah menjadi tradisi buat masyarakat Jepun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini