Aliran trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang domestik Malaysia Airports meningkat 53 peratus sejak sempadan dibuka 1 April lalu.

Secara purata, 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan setiap hari, dengan jumlah tertinggi melebihi 30,000 penumpang pada cuti Aidilfitri dengan keseluruhan 642,128 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan.

Tiga lapangan terbang menunjukkan peningkatan ketara melebihi 200 peratus berbanding bulan sebelumnya, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa di Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi.

Sementara itu Kumpulan Malaysia Airports mencatatkan 2.78 juta penumpang pada April, dengan 77 peratus merangkumi pergerakan penumpang domestik.

Memandangkan lapangan terbang terus melihat pertumbuhan yang baik selepas pembukaan semula sempadan, syarikat penerbangan juga mengambil momentum dengan menyambung semula laluan penerbangan antarabangsa mereka secara aktif.

Pengarah Urusannya, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, perkembangan tersebut menambah keyakinan terhadap pemulihan sektor penerbangan pada kadar lebih pantas.

Kumpulan akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi memacu pemulihan sektor domestik dan antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini