Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM mengunjurkan peningkatan trafik penumpang udara antara 316 Peratus hingga 525 Peratus bagi tahun hadapan.

Ia dijangka mencatatkan antara 32.6 juta dan 49.0 juta penumpang.

Ramalan ini menunjukkan pemulihan sebanyak 30 hingga 45 peratus berbanding tahap trafik penumpang udara pra-pandemik pada tahun 2019.

Kenyataaan MAVCOM itu dibuat bersempena penerbitan edisi ke-10 laporan industrinya, Waypoint.

Tanda-tanda awal pemulihan bagi sektor penerbangan tempatan dilihat pada September dan Oktober lalu, yang masing-masing merekodkan 56.6 peratus dan 190.2 peratus pertumbuhan trafik penumpang udara bulan ke bulan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pemulihan ini didorong beberapa faktor.

Antaranya, kelonggaran sekatan perjalanan, gelembung perjalanan, pembukaan semula sempadan antarabangsa serta pengenalan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baru-baru ini ke Singapura.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini