Dua naskhah Al-Quran tulisan tangan berusia 600 tahun ditempatkan di Galeri Warisan Kampong Acheh di Kem Kampung Acheh Management Centre KAMC, Yan ditemukan masih elok dalam kejadian banjir lumpur tempoh hari.

Pengurus Kem KAMC, Jasni Ghani berkata,walaupun infrastruktur kem rosak hampir 50 peratus namun struktur bangunan galeri tersebut masih utuh meski terletak bersebelahan  sungai.

Dalam kejadian itu, arus sungai yang kuat membawa balak dan menyebabkan paras air sungai naik hampir dua meter di kawasan sekitar galeri.

Hanya bahagian lantai galeri dimasuki air setinggi buku lali dan meninggalkan lumpur.

Pihaknya mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini