Susulan tragedi bot pelancong bertembung dengan bot nelayan di Jeti Pelancongan Kuala Besut, semalam.

Tujuh mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Seorang daripada mangsa sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala empat kanak-kanak dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini