Perkembangan tragedi bot karam di Tawau.

Dua mangsa yang hilang, ditemukan lemas, pagi tadi.

Mayat mangsa, Jaidi Muhaimin, 5 tahun, ditemui di kawasan pesisir pantai oleh penduduk kampung, pukul 6:30 pagi.

Manakala mayat abangnya, Saiful Muhaimin, 15 tahun, dijumpai terapung di kawasan perairan Tinagat, pukul 8.58 pagi.

Kesemua mayat dibawa ke hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, bot yang membawa sembilan mangsa itu, dipercayai berpatah balik dari Kampung Rawa-Rawa, sebelum karam akibat dipukul ombak.

Enam daripada sembilan mangsa terselamat.

Proses pencarian seorangh mangsa yang masih hilang sedang giat dilaksana pasukan keselamatan bersama penduduk kampung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini