Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 Selasa lepas kini berada dalam keadaan stabil.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Fareez, 33, yang mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang telah menjalani pembedahan pada kira-kira 7 malam Rabu di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mohd Fareez kini dalam pemantauan pegawai perubatan dan memerlukan rawatan susulan.

Kenyataan itu turut menyebut bagi rancangan rawatan Mohd Fareez selanjutnya dan akan terus memastikan ia diuruskan dengan sebaik-baiknya.

Menurut TUDM, urusan kebajikan isteri Mohd Fareez iaitu Siti Hajar Abdullah dan dua anak mereka yang masing-masing berumur 3 tahun dan 5 bulan dikoordinasi oleh Pangkalan Udara Butterworth.

Pihak TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kemalangan pesawat Hawk 108 terbabit.

TUDM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berita yang tidak sahih berkaitan insiden itu serta mendoakan kesembuhan kepada Mohd Fareez.

Nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu menyebabkan Kapten Mohamad Affendi, 31 maut
ketika mereka menjalani latihan penerbangan malam di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini