Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan agar siasatan kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala dilakukan secepat mungkin.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian, semasa berangkat melawat penduduk terjejas akibat tanah runtuh itu, di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa hampir sejam menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk terjejas tanah runtuh.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan kepada 43 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini