Kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan,Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada awal pagi isnin lalu disifatkan sebagai mimpi buruk.

Rata-rata penduduk yang ditemui, masih trauma ekoran rumah yang musnah dan masih tidak selamat untuk didiami.

Menurut Penduduk terjejas, Norazwani Mohd Jamin, sebelum kejadian itu, hujan turun dengan lebat selama dua hari secara berterusan.

Malah sewaktu waktu pagi pada hari kejadian, beliau berasa pelik kerana keadaan sekeliling terlalu sunyi tanpa sebarang bunyi unggas seperti kebiasaan.

Lebih memilukan, kucing kesayangannya turut hilang dan tidak dapat diselamatkan semasa kejadian.

Ibu Norazwani yang turut terperangkap sewaktu kejadian, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mengalami kecederaan serius pada kaki kanannya dan kini masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini