Ekonomi digital Malaysia terus berkembang. Jumlah terkini transaksi e-dagang meningkat 23 peratus untuk tempoh sembilan bulan pertama 2021, dengan nilai AS$190 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas. untuk tempoh sembilan bulan pertama 2021, dengan nilai AS$190 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

Mengulas pencapaian itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha pendigitalan merupakan pemacu utama ke arah ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

Pada tahun lepas, ekonomi digital menyumbang 22 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka menjana 500,000 pekerjaan menjelang 2025. Beliau menjadi panel sidang maya berkenaan teknologi kewangan atau fintech, “Infinity Forum” anjuran Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSCA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini