Lebih 30 peratus peniaga di Perlis telah menggunakan transaksi Tanpa Tunai sekali gus menyokong program Aspirasi Pelan Digital Perlis 2021-2025.
Menurut Exco Perlis Azizan Sulaiman, ini merangsang jualan dan pendapatan peniaga selain mengembangkan serta melestarikan perniagaan. Azizan berkata demikian selepas melancarkan Program Padang Besar Go Cashless.