Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan; bermula 10 malam, Sabtu ini.

PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang laluan itu.

Terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual pada harga RM35,000 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini