Memudahkan polisi bagi mengembangkan dan memastikan kesinambungan industri teras di Labuan.

Itu fokus utama dalam memastikan kemampanan sektor perkapalan, kewangan serta minyak dan gas bagi menjamin pembangunan sosio-ekonominya.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien berkata, ini sejajar kedudukan Labuan sebagai pulau bertaraf bebas cukai dengan operasi merangkumi aktiviti ekonomi peringkat antarabangsa.
 
Beliau terdahulu mengadakan lawatan kerja ke Victoria STS, iaitu antara penyedia perkhidmatan *Ship To Ship* (STS) gas dan cecair (LNG) antarabangsa di Labuan.
 
Perangkaan transaksi ekonomi syarikat tersebut menjangkakan pulangan hingga 1billion Dolar Amerika sekaligus petanda kerajaan sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi besar-besaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini