Melakukan transformasi digital dalam mengukuhkan ekonomi setempat bagi semua lapisan rakyat.

Demikian jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengenai perancangan beliau untuk bersama-sama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam pertumbuhan ekonomi digital negara.

Beliau telah berbincang bersama pihak MDEC mengenai penjenamaan semula dari Multimedia Super Corridor (MSC) ke Malaysia Digital, MD dan menjalankan fungsinya tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuk akses dan kesedaran dalam pendigitalan.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC dan Datuk Seri Sr. Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi MDEC dan Lazada Malaysia di RTM Angkasapuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini