Transformasi undang-undang perlu dilakukan segera kerana keadaan berubah dan perlu bergerak mengikut keadaan semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah diarahkan untuk mengkaji dan meneliti 147 undang-undang sedia ada yang telah lapuk.
Tambah beliau, beberapa langkah proaktif juga telah diambil untuk memperkasakan undang-undang di Malaysia.
Ia termasuklah hukuman berkenaan mati mandatori, RUU Anti Lompat Parti, RUU Dana Sumbangan Politik, serta Doktrin Pengasingan Kuasa dan Hubungan Antara Eksekutif dan Kehakiman.