Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merancang untuk mengadakan sesi kaunseling kepada masyarakat Orang Asli yang trauma dengan ancaman harimau belang.

Ketua Pengarahnya, Sapiah Mohd. Nor berkata, menerusi pemantauan pihaknya kesan trauma menyebabkan mereka tidak yakin untuk melaksanakan rutin harian termasuk ke kebun.

Beliau berkata, JAKOA akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membantu memulihkan kembali emosi Orang Asli di Pos Bihai yang terkesan dengan memberi penerangan ancaman harimau belang sehingga mengorbankan nyawa seorang penduduknya.

Beliau melawat masyarakat Orang Asli di Kampung Tendrik, Pos Bihai.

Sementara itu, bagi masyarakat Orang Asli mereka masih lagi terkesan dan trauma kerana harimau berkenaan masih gagal ditangkap.

Sebelum ini, pada 7 Januari lalu, seorang lelaki Orang Asli, Anek Along, 59 tahun ditemui maut selepas dipercayai dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai.

Kejadian itu berlaku ketika sambutan perayaan menuai padi dan menangkap ikan sungai masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di kawasan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini