Kerajaan menyasarkan 3 set monorel empat gerabak beroperasi pada 16 Ogos ini selepas menjalani pemeriksaan rapi dan kerja-kerja pembaikan. Manakala 2 set lagi akan beroperasi tiga bulan selepas itu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerjasama antara pihak syarikat SCOMI Transit Projects Sdn. Bhd dan PRASARANA akan dapat meningkatkan kualiti dan perkhidmatan tren monorel kepada orang awam. Beliau turut mengadakan lawatan mengejut ke Depoh Monorel di ibu negara bagi melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan set monorel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini