Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka mengadakan pertemuan bulan depan ketika Persidangan G20 untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan. Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow bagaimanapun berkata tiada rundingan lain akan dilakukan selain kemelut itu. Beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak akan mengaku kalah sebaliknya sedang cuba meredakan kebimbangan. Dua negara perdagangan terbesar dunia itu menamatkan rundingan dua hari di Washington, Jumaat lalu, tanpa sebarang persetujuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini