Pasukan berbasikal bertaraf benua Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran mengekalkan gelaran juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa,  pada saingan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, pelbagai persiapan telah dibuat untuk memastikan pelumbanya dapat meneruskan momentum kemenangan.

Pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Cycling Team itu turut membawa masuk dua pelumba import baharu selain mengekalkan lima pelumba import sedia ada.

Pelumba import baharu tersebut ialah Jamal Hibatullah, 24 tahun dari Indonesia dan Anatolii Budiak, 26 tahun dari Ukraine yang pakar dalam teknik pendakian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini