Program khas pascabencana perlu dirangka bagi membantu masyarakat mengatasi kesan emosi, sekali gus mengukuhkan semula semangat serta kesihatan minda mereka.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya pakar dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, akademik dan agama dilibatkan dalam merangka program berkenaan.

Baginda bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Keputeraan Ke-74 baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Turut berangkat ke majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini