Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam skuad utamanya yang akan turun berdepan Southampton dalam kempen Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Menurut Tuchel, ini adalah peluang terbaik buat dia merehatkan beberapa pemain tonggak The Blues sebelum meneruskan misi memburu trofi utama musim ini.

Chelsea kini dalam momentum cemerlang selepas mendahului saingan Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata daripada 9 perlawanan.

Mereka juga menjadi pilihan untuk mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan kini berada di pusingan 16 terakhir Piala EFL.

The Blues membelasah Norwich 7-0 pada aksi liga Sabtu lalu dan kini Tuchel berkemungkinan merehatkan hampir keseluruhan skuad utamanya selepas Mason Mount meledakkan hatrik pada pertemuan tersebut, manakala Callum Hudson-Odoi, Reece James dan Ben Chilwell turut menemui sentuhan jaringan.

Mereka kini memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam semua kempen apabila turun melayan Southampton awal pagi esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini