Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang melaksanakan Latihan dan Demonstrasi Keupayaan Operasi Khas di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Bandar Kuala Rompin, Pahang.

Latihan bermula hari ini sehingga 8 September. 

TUDM dalam kenyataan medianya memaklumkan, sepanjang latihan berlangsung, pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas.
 
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat penerbangan tersebut.

Pada masa sama, akan kedengaran bunyi letupan atau tembakan senjata api dalam tempoh terbabit.
 
Latihan itu diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan TUDM berada pada tahap terbaik terutama dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini