Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersedia untuk diaturgerak sekiranya banjir berlaku.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, tiga jenis pesawat disediakan namun helikopter EC725 kebiasaannya akan digunakan bagi menghantar bantuan kepada yang terjejas banjir.

Jelas beliau, pengurusan bencana diketuai oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penutup Eksesais PARADISE Siri 8/2021 di Auditorium INSPRA, Pangkalan Udara Kuantan.

Eksesais PARADISE yang berlangsung selama 12 hari itu melibatkan 1,400 anggota dan pegawai.

Ia bertujuan meningkatkan tahap kesiagaan dan saling kendali dalam menjalankan operasi udara, menilai kesediaan tempur serta kecekapan pegawai dan anggota.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini