Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat nahas pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, malam tadi.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata siasatan akan dilakukan dalam pelbagai aspek termasuk operasi dan latihan.

Beliau juga berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan menggantung penggunaan pesawat jenis berkenaan semasa siasatan.

Datuk Seri Ikmal Hisham bercakap kepada pemberita selepas menerima sumbangan 15,000 kotak makanan daripada badan bukan kerajaan Bantu-Bantu Malaysia di Pangkalan Udara Subang, Petaling Jaya, Selangor.

Nahas pesawat pejuang Hawk 108 pada kira-kira pukul 10.07 malam tadi, mengakibatkan juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut, manakala Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini