Penyerang Manchester United, Mason Greenwood didakwa melakukan keganasan fizikal terhadap teman wanitanya, Harriet Robson. Susulan itu, Greenwood dilarang untuk berlatih atau bermain sehingga diberitahu kelak.

Pengumuman itu dibuat kelab berkenaan menerusi satu kenyataan susulan dakwaan Robson menuduh Greenwood melakukan serangan terhadapnya. Terdahulu, Robson memuat naik rakaman video, audio dan gambar di akaun Instagram miliknya sebelum dipadamkan.

Sementara itu, polis Manchester mengesahkan telah menahan Greenwood kerana disyaki merogol dan menyerang wanita tersebut. Greenwood ditahan untuk disoal siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini