ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diarah membela diri atas tuduhan merogol pembantu
rumahnya.

Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan perbicaraan bela diri berlangsung dua hari bermula 15 Februari.

Yong, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun di kediamannya di Meru Desa Park pada 7 Julai 2019.
 
Jika sabit kesalahan, dia akan dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini