Jemaah Menteri sudah memutuskan senarai nama tujuh individu bagi menganggotai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan hasil  Mesyuarat semalam bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci maklumat atau nama individu berkenaan menghadiri Majlis Serahan Program TH Prihatin 2021 Negeri di Perak.

Jelas beliau, keanggotaan ahli jawatankuasa berkenaan akan diisytiharkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jumaat ini.
 
Tambahnya, siasatan itu tidak akan mengganggu perjalanan operasi Tabung Haji, kerana isu RCI ini membabitkan jangka masa dari 2014 hingga 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini