Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 28 cedera, lapan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas sebuah bas terjunam dalam gaung di perbandaran San Luis, Colombia.

Komander polis trafik dan lebuh raya Antioquia, Jaime Ramirez berkata rangkaian kecemasan hospital diaktifkan serta-merta dan anggota bomba mula bertindak menyelamatkan mangsa kemalangan.

Bas dari Bogota itu dalam perjalanan menuju ke perbandaran Monitos di jabatan Caribbean di Cordoba.

Datuk Bandar San Luis Henry Suarez berkata, 22 mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan di bandar itu dan enam lagi ditempatkan di perbandaran berdekatan Puerto Triunfo.

Tiada maklumat “jelas” berhubung punca kemalangan, dan siasatan masih dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini