Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 46 lagi cedera dalam kebakaran bangunan pejabat di bandar Daegu, Korea Selatan pada Khamis.

Menurut laporan media, kebakaran berlaku kira-kira 10.55 pagi waktu tempatan melibatkan sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat.

Tujuh orang ditemukan maut dan 46 lagi cedera akibat terhidu asap.

Kira-kira 50 jentera bomba bersama 160 anggota dihantar ke lokasi kejadian dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam kebakaran.

Punca kejadian masih disiasat, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini