Jabatan Imigresen mengesahkan tujuh pegawainya ditahan SPRM kerana disyaki terlibat pengeluaran dokumen imigresen secara tidak teratur dan melindungi warga asing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu salah laku. Datuk Seri Khairul memberi jaminan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada S-P-R-M.

Tegasnya, pegawai didapati terlibat kesalahan berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja. Tujuh pegawai Imigresen yang disiasat merupakan antara sembilan individu di Sarawak dan Selangor yang diberkas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini