Tujuh lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor ditutup melibatkan tiga PPS di Segamat dan empat di Tangkak.

Ini menjadikan 56 PPS masih beroperasi dengan jumlah individu terjejas banjir semakin menurun kepada 3,944 individu daripada 1,100 keluarga masih ditempatkan di PPS, setakat 5 pagi tadi.
 
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan memaklumkan, Segamat masih menjadi daerah paling terjejas, dengan 2,231 penduduk terjejas ditempatkan di 33 PPS.
 
Diikuti Tangkak, 814 penduduk di 12 PPS manakala Muar, 1,114 penduduk di sembilan PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini