Perkembangan terkini insiden runtuhan bangunan 21 tingkat di ibu kota komersil Nigeria, Lagos.

Ketika ini operasi mengeluarkan puluhan mangsa yang masih terperangkap giat dijalankan.

AFP melaporkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala tujuh berjaya diselamatkan.

Dalam operasi tersebut, jengkaut digunakan dalam usaha menyelamatkan individu yang masih hidup di celah-celah runtuhan bangunan tinggi berkenaan.

Pegawai penyelamat berkata ramai pekerja berada di dalam bangunan ketika insiden berlaku.

Menurut Pesuruhjaya Polis Lagos, Hakeem Olusegun Odumosu, pihaknya tidak dapat mengesahkan bilangan sebenar mangsa terperangkap.

Dalam pada itu, salah seorang saksi memaklumkan kira-kira 50 individu sedang bekerja di bangunan tersebut ketika kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini