Tujuh suspek termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dicekup dalam empat serbuan
sekitar Johor Bahru antara 21 hingga 28 Oktober lalu.


Turut dirampas, 11.51 kilogram syabu bersama dadah bernilai RM4.2 juta.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 39 hingga 48 tahun itu disyaki aktif sejak lebih setahun lalu.
 
Dadah dipercayai dibungkus di Johor Bahru sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa. 
 
Enam daripada suspek positif dadah, selain mempunyai rekod jenayah.
 
Kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Selain itu, tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini