Kes culik seorang tukang masak selesai dengan penahanan 2 lelaki warga Syria dan seorang wanita tempatan. Suspek menculik tukang masak warga Syria dan meminta wang tebusan 100 ribu ringgit. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, laporan penculikan dibuat Khamis lalu.
Ia membawa kepada penangkapan suspek oleh anggota dari Jabatan SIasatan Jenayah IPK Pulau Pinang setelah mengesan sebuah kereta di Batu Feringgi yang dinaiki suspek dan mangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini