Pemilik yang menyewakan premis kediaman dan komersial mereka mempunyai pilihan untuk membuat Pertukaran Nama Akaun, (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad, (TNB), Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam kenyataan berkata dengan penukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, semua tanggungjawab penggunaan dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah tanggungjawab penyewa.

Pemilik premis masih boleh memantau penggunaan dan pembayaran bulanan penyewa dari semasa ke semasa melalui portal dan aplikasi myTNB.

Mengenai aduan pemilik premis selaku pengguna berdaftar yang dibebani bil elektrik berikutan penemuan kesan pengusikan meter atau pepasangan TNB oleh penyewa pengusaha Bitcoin, beliau berkata, cadangan langkah itu boleh mengurangkan risiko pemilik premis terpaksa menanggung hutang bil elektrik penyewa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini