Tular di media sosial mengenai sebuah video mendakwa berlaku kejadian ‘hujan setempat’ yang hanya membasahi sebuah kereta sahaja di kawasan parkir hotel.

Fenomena ini dikatakan berlaku di Cikarang, Jawa Barat, Indonesia pada Ahad lalu.

Selain warganet, video tular berkenaan turut mendapat perhatian Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisia.

Berdasarkan pemantauan dari radar cuaca, pihak itu mengesahkan terdapat awan hujan di wilayah terbabit pada hari kejadian.

Bagaimanapun, pihak tersebut juga mengatakan bahawa perlunya ada kajian khusus mengenai peristiwa itu, sama ada ia benar-benar disebabkan hujan atau perkara lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini