Beralih ke berita selebriti tanah air…Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjurannya mencampak tanjak yang dipakai ke lantai pentas Muzikal Lawak Superstar (MLS), Sabtu lalu.Nabil membuat permohonan maaf itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada semalam.Menurut Nabil, dia tidak pernah terlintas sedikitpun untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu. Malah menerusi kapsyen video berkenaan juga, Nabil menyatakan rasa malu dengan tindakan yang dilakukannya itu.Tindakan Nabil itu menjadi tumpuan netizen dan lebih hangat apabila mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini